Hidup memang parah kalau dikelilingi orang yang suka menilai cacat cela rather than our past and present's kindness. Bukan nak mengungkit atau show off. Cuma wujud persoalan tentang mengapa wujud manusia sebegini? Oh lupa! Nama pun manusia. Tidak wujud manusia yang PERFECT. Manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan.
Ini hakikat, ini kenyataan, ini benar.
Tapi kenapa ada segelintir rasa diri mereka PERFECT? Don't you know that even Muslim's prophets tak rasakan diri mereka sempurna apatah lagi kita as a NORMAL human. Dalam doa-doa nabi sentiasa meminta kemaafan dan keampunan kepada Allah S.W.T. Bukti, bahawa mereka juga adalah manusia.
Jangan salah faham. Bukannya mahu menyamakan diri dengan nabi, sama sekali tidak. Ianya ibarat kaca dan permata. Jaraknya seperti tinggi diantara langit dan bumi. Hanya memikirkan logik sendiri.
Kalau nabi yang memang dijanjikan syurga tempat untuk mereka tetapi masih mengecilkan diri di sisi Allah S.W.T, siapalah kita yang sekadar manusia biasa tetapi berlagak sempurna luaran dan dalaman. Jadi, SEMPURNAkah kita!?
Siapa kita untuk menilai orang!? Siapa kita untuk menghukum orang!? Siapa kita unuk menyisihkan orang!? Siapa kita untuk menentu dan menilai masa depan orang!? Layakkah kita untuk semua itu!?
THINK!